Friday 20 July 2012

puasa lagi!!!

hai!!

hahaha sedar tak sedar dah masuk ramadan agi sekali. sekejap je kan. :p hurm, tu la kita duk asyik leka je.
jadi kalau kita rasa ramadan kita yang lepas2 tu tak berapa nak elok je. so tanam azam baru. nekad dan tekad nak buat dan jalani ramadan kali ni dengan lebih baek dan penuh rasa kerahmatan kan.?? hehehe insyaAllah kita akan dipermudahkan. :)

sebenarnya kita ni manusia suka akan benda yang baek. itu fitrah kehidupan kita. ingat tu. tapi ade yang jadi setan tu kan. kita tertanya tanya. hurm, dalam kes tu sebenarnya dorang yang pilih untuk jadi macam tu. taknak ikut apa yang Allah tetapkan. nama pun manusia kan. pelupa. sentiasa tak cukup -.-"

itu la kita. kita  perlu terima hakikat itu. dan kalau kita nak azam satu perubahan, bulan yang penuh keberkatan ini lah bagus sebagai permulaannya. korang pernah dengarkan.."Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.."

hurm korang pun boleh renung, pikir  dan amik pengajaran dari potongan ayat tu. ramadan ni bulan berkat, senang nak dapat pahala, nak hapus dosa dll. hehehe korang pun mesti dah diberitahu byk kali dah pasal kelebihan ramadan kan. hihihi

ok la, post kali ni sampai kat sini je. semoga post ni dapat bagi kesedaran untuk aku dan korang jugak.

#enjoypuasakorangpuaspuas. :)


Sunday 8 July 2012

ABAH >.<"

Hai !!

hurm apa kabar korang sume? sihat? confirm la kan. hahaa :) semoge happy sokmo la.

ok post kali aku nak sembang pasal ABAH! haha tau tak pemenda tu? mestila korang tahukan. semalam abah aku story kau kami adik beradik pasal childhood dia.   camne life dia, apa yang dia buat, sapa kawan dia dan lain lain la. hehehe.

setiap kali abah citer pasal benda ni aku rasa geram sangat. nak tahu kenapa? jap eh. lex lu. biar aku brief sikit pasal abah aku ni. hurm abah orang terengganu pure punyer. abah ada seorang kakak je. abah anak bongsu. :) ni darah daging seibu dan seayah. haaaaha. kan kan? kalau adik beradik tiri tu ramai sangat pulak kan. kenal tak kenal je. hihihihi. tak penting pun kan. haaa >-<"

ok abah cakap dulu dia ni macam xde nilai la. camtu la aku pikir kan. tak de nilai kat mata orang sekeliling. atuk, nenek, makcik, pakcik kakak dan sebagainya. ikut cerita yang memang aku tahu, nenek danatuk aku tu bercerai masa abah kecik lagi. haaa paham2 la kalau parent ceraikan!! huru hara haru haru biru laut biru bagai la.

hurm, pastu abah duduk ngan moyang aku, nenek abah la. dibesarkan kat situ. abah dulu takde pun orang kisah. hidup mati abah pun camtu je.orang kisah sape?? haa maklong aku tu. sayang sangat sangat!! junjung macam bidadari la, puteri la...menyampahla.. :p

ape jadi kat abah?? hurmm hidup susah la. tak diberikan kasih sayang. mak ayah abah aku?? huh!! ni panas ni. korang tahu tak bila abah aku kenal dorang?? hurm, nenek aku abah kenal masa umur 4 tahun. then atuk aku abah kenal masa umur 6 tahun. kenal parent umur camni?? mana la diorang pergi kan?? huuuh. abah de cakap yang abah tak rasa ape langsung!


" li, tu emak kau" "li tu ayah kau"....nenek yang bagitau.

haha camtu je kan! abah aku cakap tak rasa ape pun mase tuh. tak rasa excited ke touched ke. biase je. tapi bukan salah abah aku rasa camtu tu. paham2 la kan.entah la kalau mende jadi kat korang apa yang korang rasa kan?? sendiri pikir la.

then abah cakap lagi masa membesar pun nenek ngan atuk tak amik peduli pun pasal abah. kalau abah nak something, abah cuba mintak ngan moyang aku. tahu pe yang moyang cakap??
"takde duit!!! bapak kau tak bagi harta." camtu jawabnye. huuuh, sebak dengar abah citer ni. *.*

abah penah bagitau yang dia dulu nak pergi jumpa nenek. jauh abah naek basikal nak gi jumpa nenek. sangat. jumpa nak tengok mak dia. abah panggil nenek 'chik'. hurm abah cakap baru darjah berapa je masa tu. tapi bila dah jumpa nenek bagi seringgit je!! dah la tak jaga abah, pastu kat bagi kasih sayang. bila jumpa abah bagi RM1!!! perghh, speechless. -..-"" haaaaha yang lawak nye sekarang bila dah jumpa aku dan abang aku, beria menggelabah nak cari duit nak bagi duit bagai. huhh. haru!!

nenek abah tu aku tak sempat jumpa pun. nasib la. ^.^ abah cakap moyang garang giler!! patut la abah pun sama garang dan tegas. hahaah. haah, pastu maklong aku tuh tak tahu la pe cerita kan. malas la nak amik port. tak minat pun. lagipun aku sikit berbulu dengan orang tua tu. :p

oihh panjang dah ni post kali ni. stop dulu la. nanti akan menyusul bahagian kedua. cewww dan sequal lak dah ni. :)

#kasihsayangperluberterusan. >-<

Friday 6 July 2012

Pandangan Ku.

Hai!!!

hurm hari mcam berlaku dalam hidup aku.benda baik mahupun benda buruk. hurm kalau benda baik tuh takpe la jugakkan. sebab kita akan hargai dan suka benda tuh. ok bercakap pasal benda yang baek berlaku dalam hidup kita ni, itu satu anugerah sebenarnya. hihihi. kan kan?? ni pandangan aku la. memang kita kan suka dan nak sangat benda baek tu sentiasa terjadi kat kita. contohnya macam jadi kaya, jadi cantik hansome dan sihat dan lain lain.

tu la kan manusia. memang suka pada satu bahagian sahaja. tapi bilasatu perkara buruk berlaku macam2 la kita tak puas hati kan?? puihh dasar manusia jugakla kan. lemah dan sengal kadang2 tuh bila berdepan perkara camni. contohnya..haaaa, kalau online tuh tibe2 line buzy kan. pastu macam2 la sumpah seranah yang dihamburkan.

"bodoh, bangang, sial, babi, pan***" dan sebagainya. haaa camtu la. nak nak anak muda darah muda tuh. oiitt terasa pulak aku kan. tapi aku rasa tu ok je sebab kita ni orang muda memang nak perfection je. tak nak lebih tak nak kurang. nak ngam ngam je. tapi tak boleh la selalu cam ni kan. hurm aku dah start cakap merapu ni.

sebenarnya kadang2 Allah tu saja je nak uji kita. tu yang Dia bagi benda buruk kat kita. ala test sikit je. nak usha kita kuat ke lemah ke KO ke. tu aja. cam aku cakap sebelum ni. 'be positive'.  jangan gelabah kan. hihihi

tapi kawan2, ade jugak member kita kat luar sana yang kena sentuh sikit dah berapi cam Yellowstone muntahkan lahar..perghh perit tu der. memang tak aman la camtu. confirm sesat terus. haaa tu yang salah tu. berasap tak kena cara der. tak boleh2. kita orang muda ni kalau Dia uji, kita kena kuat. kita da masa nak pikir mana baek mana buruk. so, chill je jangan salah pilih jalan. redha tu perkara yang lebih baek. hihihi.

jap! ni just pandangan aku yang loket tak berharga. kalau korang rasa post kali ni boleh buat korang pikir sikit pun jadilah. at least aku sampaikan skit peringatan. kan kan?? >.<

#sampai walaupun sepotong ayat. :)

Saja JER!

HYE!!

hahaha aku kan dah bgtau nak post cerita seterusnya, hihii. tapi sebelum tu nak bagitau korang something. hurm aku  post kat blog ni sebenarnya sekadar suka2 dan sumetuh dari pengalaman dan perkara yang berlaku sekeliling aku ni. bukan nak malukan sapa2 pun. harap yang terasa kalau baca blog ni tak judge aku macam2 la.

hurmm, tapi kalau ape yang aku post kat blog ni dapat jadikan pengajaran buat sume orang pun ok jugak. orang kate yang baek jadikan teladan dan yang buruk tu jadikan sempadan kan?? haaah camtu la kawan2 sume. jangan amik hati sangat perkara yang berlaku sekeliling kita ni. just be positive and chill. :)))

ok. aku punxde idea sangat ni. but igt la ni. don't take it personal. >.<

#live life dan enjoy!! :D

Wednesday 4 July 2012

Mengarut je !!

hai semua.

hrm, dah lama tak post kat blog kesayangan hamba. cewwah !!. ye la, bukan tak nak post pun tapi takde masa sangat sekarang. buzy je memanjang. :p

ok, pasal tajuk kat atas tu. hrmm, cerita ni memang aku rasa lawak antarabangsa dan universe. hahaha. cerita bagaimana teganya seorang makhluk berjantina XX sanggup melakukan pendustaan dan pengaburan kepada masyarakat sekeliling untuk meraih empati simpati dan perhatian. apekah kan ??!!

huhs. aku kenal baek dengan orang tuh. hrmm, takde la baek sangat pun. camtu2 je. senyum sengih je. takat tu je. tak lebih dan tak kurang. hahaha. orangnya baek. sopan dan sejuk je mata yang memandang. tapi bila cerita die dah jadi bahan bualan orang aku pun turut terpanggil untuk nak tahu ape yang dah jadi. >,>

ikut cerita, dia ni ok je awal2 masuk kolej dulu. pastu bila dah selesa sikit, rapat dengan orang, dah ade peluang die pun start la buat perancangan die. huhuhu. budak ni aku dengar, sakit. orang kate die ni asyik sakit je dari awal sem sampai dah sem 2 ni. betul ke sakit or just nak berlakon?? persoalan tanpa jawapan. pastu, bile dah asyik sakit, pengsan dan sebagainye ramai la orang yang care pasal die ni. even lectures pun amik tahu. sampai kes budak ni dah jadi gossip of the college dah. ntah pape la. hahaha :p

then, orang cakap bila die asyik sakit ni, bawak la pergi jumpa doktor-anta-pergi-hospital-amik-ubat dan sebagainye kan. hrmm, nak tahu tak pe doktor ckap?? " student ni ok je""..blur. hurmm bile dah jumpa doktor sume tuh ingat dah ok la. tapi die taknak kalah kot. berlakon lagi la kot. sakit lagi dan lagi dan lagi lagi. huhs, kadang2 bile dah tahu camtu, menyampah pun ade. GEDIKS nye..!! apekah motif tuan puteri berbuat demikian??!! ramai orang nak tau jawpannye ni pun !! hahahaks.

ok, dah tu bile kes budak ni jadi parah dan ramai je yang dah pasrah masing2 amik keputusan untuk biarkan je. pe nak jadi jadi la. hurmm, mungkin de sebab die buat drama sampai camtu saekali. kite tak tahu, just boleh conclude dari ape yang die tunjuk dan buat selama ni. Tuhan tu lagi tahu kenapa. just doakan je die selamat dan insaf.

hahaha, mengarut sangat dah ape yang die buatkan ??. bukan orang taknak percaya. tapi logiknya bila sakit all the time 24/7 sape nak percaya?? memang da yang boleh simpati tapi ade la tahap die. tak tahu la sampai bile die nak teruskan benda nih even mungkin die tahu ramai yang menyampah. huhu, perit doe.

ok la, takat ni je dulu aku

ni post yang terbengkalai dan siap diedit :)

KEMBALI !!

HAII!!

ya allah dah lama tak bukak blog ni, rindu bukan main beb. alhamdulillah. :)
hurm mungkin sebab dan masuk buku baru. yup semalamkan nisfu syaaban. sohari permulaan yang baru. something yang lebih baek :) kan??

ok lama tak bukak blog so byk sangat benda yang nak dikongsikan.hurmm bukan hari la ye kawan2. byk cerita yang kan menyusul nanti. sabar je. :)

semoga dipermudahkan oleh Nya, amiin.