Saturday 27 October 2012

Aidil Adha 2012

hye!!

haha alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih bernyawa sampai ke saat ini. sempat lagi nak post entry baru kat blog kesayangan hamba. walaupun simple mimple je, tapi at least aku ade sesuatu untuk di kongsi bersama. bersama? haha tak tahu la kan. 2 je followers. not bad la kan daripada takde langsung. hehe

ok, back to the tajuk atas. yup, selamat hari raya haji kepada semua. seronok la kan makan free je. hehe :p
ok, tahun ni lagi sekali aku beraya tanpa family disisi. hehe syahdu tak bunyi nye? -.- haha. tahun ni raya di UPM terchenta ni. ni kali kedua raya haji di perantauan. first time tu masa kat ASiS. tu pun sebab nak SPM. so xleh la balik beraya di Terengganu. :( tapi tak pe. parent paham, chill je ^.^

semalam, raya kat sini pun meriah. pagi2 semua orang dah siap, pakai lawa2, wangi2 dan berjalan ke pusat islam. ramai2 jalan sama2. excited kemain tuuh hahaha. yup betul sebenar. berbeza dowh raya ngan kawan banding raya ngan family or sedara mara. hehehe. ok, then takbir pastu semayang raya dan last khutbah. hahah seronok tu. berapa kali dah aku sebut ni. hahaha :D

lepas tu, kami makan2 sikit. takde la sikit. haha makan jamuan. rendang. kelupis, ketupat, dan sebagainya. haha sambil makan sambil membahan orang, member2. tu yang memeriahkan lagi suasana hehe. :) chill!!

Tuesday 23 October 2012

MY sweet 19th anniversary \(^.^)/

hye !!

haha seronok lagi ni. :) bukan selalu nak jadi seronok tak kena masa ni. hehe kena high dulu pastu stay up sorang diri menghadap laptop update blog. heehe. ok, i'm starting to write rubbish :p

ok, back to our topic. my sweet 19th anniversary. my-19th-birthday. hehe. nice one! hurm seronok aku hari tu. haha. dan paling seronok nye bila kawan2 aku ni prank aku. honestly, aku tak pernah kena prank ngan sapa2 sebelum ni sebab sambut birthday. pandai mereka plan. tuihhh hahaah tu makan diaa!! :)

dan paling best sebab dah masuk unipun orang masih selebrate birthday ni. haha soo seweeet!!! no wonder la my mum pun tak suka korang haha. cliche danagak poyo je statement tu. hahaha. ok. done :D

tengok pic kat bawah ni. :

;p
haha muka2 kena serang ngan manusia tak berhati perut hahaa. xde la. guys, jangan terasa lak kalau baca ni. chill. teruk korang kerjakan aku hihihi. :p xpe la. setahun sekali. tapi satu perkara yang aku xleh terima ialah apabila di-prank oleh mereka.....(bexs, amira, puput, dii, fann, amin, muaz, ee, shark dan jijah serta nahu...)
maka t-shirt topman ku berbau telor dan tepung sampai ke saat ini. tuihhh kejam korang haha. sabo jer lakan. >,<"

hehee ok la. benda fun sebenarnya. jangan emo or dendam bila dah kena prank bengong cam ni haha. lagipun hari jadi kite mesti la kena happening kan?? hehe so, just act cool and terima segala nya dengan redo. nanti kalau ade rezeki, kite prank mereka2 yang lain pulak ye! haha

ok, that it.done here for this issue :)

#everythinghappenforareason. (.)-(.) smile !!

buku baru hehe

hye !!!

haha excited aku kali ni. seronok dapat post kat blog yang kucintai ini. ehem, ye lah dah lama sangat aku postpone sebab laptop kesayangan ku ni asyik rosak je. tuihh hahaha tu makan dia. :p

ok, pasal tajuk di atas. hurmm buku baru. simple je tajuk dia. tapi maknanya sangat mendalam haha. mendalam sgt kan. :p bagi aku sendiri ia sesuatu yang sepicial haha.

hurm, sebenarnya sekarang aku dah masuk satu lagi fasa yang tinggi. fasa kena jadi matang dan berfikiran jauh. haha paham tak? camni la, aku dah masuk universiti sebenarnya. tu point dia hehehe. xde la suspens sangat pun. yup! bila dah masuk universiti macam2 kite perlu pikir dan buat dan sume tu mostly self-dependent :))

ok, aku skarang student UPM!! yeayy. UPM dah la skarang u no1 kat malaysia. so lucky me la. hehe, bangga la wei. bukan semua org dpt masuk u kan. even bukan dapat kos yang aku idamkan tapi syukur je. sesungguhnya Dia lebih tahukan ape yg best bt kita.  :)  chill je. haha

hehe, ok takat ni je dulu nanti aku sambung balik :) there will be more stories to be told here later hehehe >.<

#positifdengansemuatindakan :)


Friday 20 July 2012

puasa lagi!!!

hai!!

hahaha sedar tak sedar dah masuk ramadan agi sekali. sekejap je kan. :p hurm, tu la kita duk asyik leka je.
jadi kalau kita rasa ramadan kita yang lepas2 tu tak berapa nak elok je. so tanam azam baru. nekad dan tekad nak buat dan jalani ramadan kali ni dengan lebih baek dan penuh rasa kerahmatan kan.?? hehehe insyaAllah kita akan dipermudahkan. :)

sebenarnya kita ni manusia suka akan benda yang baek. itu fitrah kehidupan kita. ingat tu. tapi ade yang jadi setan tu kan. kita tertanya tanya. hurm, dalam kes tu sebenarnya dorang yang pilih untuk jadi macam tu. taknak ikut apa yang Allah tetapkan. nama pun manusia kan. pelupa. sentiasa tak cukup -.-"

itu la kita. kita  perlu terima hakikat itu. dan kalau kita nak azam satu perubahan, bulan yang penuh keberkatan ini lah bagus sebagai permulaannya. korang pernah dengarkan.."Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.."

hurm korang pun boleh renung, pikir  dan amik pengajaran dari potongan ayat tu. ramadan ni bulan berkat, senang nak dapat pahala, nak hapus dosa dll. hehehe korang pun mesti dah diberitahu byk kali dah pasal kelebihan ramadan kan. hihihi

ok la, post kali ni sampai kat sini je. semoga post ni dapat bagi kesedaran untuk aku dan korang jugak.

#enjoypuasakorangpuaspuas. :)


Sunday 8 July 2012

ABAH >.<"

Hai !!

hurm apa kabar korang sume? sihat? confirm la kan. hahaa :) semoge happy sokmo la.

ok post kali aku nak sembang pasal ABAH! haha tau tak pemenda tu? mestila korang tahukan. semalam abah aku story kau kami adik beradik pasal childhood dia.   camne life dia, apa yang dia buat, sapa kawan dia dan lain lain la. hehehe.

setiap kali abah citer pasal benda ni aku rasa geram sangat. nak tahu kenapa? jap eh. lex lu. biar aku brief sikit pasal abah aku ni. hurm abah orang terengganu pure punyer. abah ada seorang kakak je. abah anak bongsu. :) ni darah daging seibu dan seayah. haaaaha. kan kan? kalau adik beradik tiri tu ramai sangat pulak kan. kenal tak kenal je. hihihihi. tak penting pun kan. haaa >-<"

ok abah cakap dulu dia ni macam xde nilai la. camtu la aku pikir kan. tak de nilai kat mata orang sekeliling. atuk, nenek, makcik, pakcik kakak dan sebagainya. ikut cerita yang memang aku tahu, nenek danatuk aku tu bercerai masa abah kecik lagi. haaa paham2 la kalau parent ceraikan!! huru hara haru haru biru laut biru bagai la.

hurm, pastu abah duduk ngan moyang aku, nenek abah la. dibesarkan kat situ. abah dulu takde pun orang kisah. hidup mati abah pun camtu je.orang kisah sape?? haa maklong aku tu. sayang sangat sangat!! junjung macam bidadari la, puteri la...menyampahla.. :p

ape jadi kat abah?? hurmm hidup susah la. tak diberikan kasih sayang. mak ayah abah aku?? huh!! ni panas ni. korang tahu tak bila abah aku kenal dorang?? hurm, nenek aku abah kenal masa umur 4 tahun. then atuk aku abah kenal masa umur 6 tahun. kenal parent umur camni?? mana la diorang pergi kan?? huuuh. abah de cakap yang abah tak rasa ape langsung!


" li, tu emak kau" "li tu ayah kau"....nenek yang bagitau.

haha camtu je kan! abah aku cakap tak rasa ape pun mase tuh. tak rasa excited ke touched ke. biase je. tapi bukan salah abah aku rasa camtu tu. paham2 la kan.entah la kalau mende jadi kat korang apa yang korang rasa kan?? sendiri pikir la.

then abah cakap lagi masa membesar pun nenek ngan atuk tak amik peduli pun pasal abah. kalau abah nak something, abah cuba mintak ngan moyang aku. tahu pe yang moyang cakap??
"takde duit!!! bapak kau tak bagi harta." camtu jawabnye. huuuh, sebak dengar abah citer ni. *.*

abah penah bagitau yang dia dulu nak pergi jumpa nenek. jauh abah naek basikal nak gi jumpa nenek. sangat. jumpa nak tengok mak dia. abah panggil nenek 'chik'. hurm abah cakap baru darjah berapa je masa tu. tapi bila dah jumpa nenek bagi seringgit je!! dah la tak jaga abah, pastu kat bagi kasih sayang. bila jumpa abah bagi RM1!!! perghh, speechless. -..-"" haaaaha yang lawak nye sekarang bila dah jumpa aku dan abang aku, beria menggelabah nak cari duit nak bagi duit bagai. huhh. haru!!

nenek abah tu aku tak sempat jumpa pun. nasib la. ^.^ abah cakap moyang garang giler!! patut la abah pun sama garang dan tegas. hahaah. haah, pastu maklong aku tuh tak tahu la pe cerita kan. malas la nak amik port. tak minat pun. lagipun aku sikit berbulu dengan orang tua tu. :p

oihh panjang dah ni post kali ni. stop dulu la. nanti akan menyusul bahagian kedua. cewww dan sequal lak dah ni. :)

#kasihsayangperluberterusan. >-<

Friday 6 July 2012

Pandangan Ku.

Hai!!!

hurm hari mcam berlaku dalam hidup aku.benda baik mahupun benda buruk. hurm kalau benda baik tuh takpe la jugakkan. sebab kita akan hargai dan suka benda tuh. ok bercakap pasal benda yang baek berlaku dalam hidup kita ni, itu satu anugerah sebenarnya. hihihi. kan kan?? ni pandangan aku la. memang kita kan suka dan nak sangat benda baek tu sentiasa terjadi kat kita. contohnya macam jadi kaya, jadi cantik hansome dan sihat dan lain lain.

tu la kan manusia. memang suka pada satu bahagian sahaja. tapi bilasatu perkara buruk berlaku macam2 la kita tak puas hati kan?? puihh dasar manusia jugakla kan. lemah dan sengal kadang2 tuh bila berdepan perkara camni. contohnya..haaaa, kalau online tuh tibe2 line buzy kan. pastu macam2 la sumpah seranah yang dihamburkan.

"bodoh, bangang, sial, babi, pan***" dan sebagainya. haaa camtu la. nak nak anak muda darah muda tuh. oiitt terasa pulak aku kan. tapi aku rasa tu ok je sebab kita ni orang muda memang nak perfection je. tak nak lebih tak nak kurang. nak ngam ngam je. tapi tak boleh la selalu cam ni kan. hurm aku dah start cakap merapu ni.

sebenarnya kadang2 Allah tu saja je nak uji kita. tu yang Dia bagi benda buruk kat kita. ala test sikit je. nak usha kita kuat ke lemah ke KO ke. tu aja. cam aku cakap sebelum ni. 'be positive'.  jangan gelabah kan. hihihi

tapi kawan2, ade jugak member kita kat luar sana yang kena sentuh sikit dah berapi cam Yellowstone muntahkan lahar..perghh perit tu der. memang tak aman la camtu. confirm sesat terus. haaa tu yang salah tu. berasap tak kena cara der. tak boleh2. kita orang muda ni kalau Dia uji, kita kena kuat. kita da masa nak pikir mana baek mana buruk. so, chill je jangan salah pilih jalan. redha tu perkara yang lebih baek. hihihi.

jap! ni just pandangan aku yang loket tak berharga. kalau korang rasa post kali ni boleh buat korang pikir sikit pun jadilah. at least aku sampaikan skit peringatan. kan kan?? >.<

#sampai walaupun sepotong ayat. :)

Saja JER!

HYE!!

hahaha aku kan dah bgtau nak post cerita seterusnya, hihii. tapi sebelum tu nak bagitau korang something. hurm aku  post kat blog ni sebenarnya sekadar suka2 dan sumetuh dari pengalaman dan perkara yang berlaku sekeliling aku ni. bukan nak malukan sapa2 pun. harap yang terasa kalau baca blog ni tak judge aku macam2 la.

hurmm, tapi kalau ape yang aku post kat blog ni dapat jadikan pengajaran buat sume orang pun ok jugak. orang kate yang baek jadikan teladan dan yang buruk tu jadikan sempadan kan?? haaah camtu la kawan2 sume. jangan amik hati sangat perkara yang berlaku sekeliling kita ni. just be positive and chill. :)))

ok. aku punxde idea sangat ni. but igt la ni. don't take it personal. >.<

#live life dan enjoy!! :D

Wednesday 4 July 2012

Mengarut je !!

hai semua.

hrm, dah lama tak post kat blog kesayangan hamba. cewwah !!. ye la, bukan tak nak post pun tapi takde masa sangat sekarang. buzy je memanjang. :p

ok, pasal tajuk kat atas tu. hrmm, cerita ni memang aku rasa lawak antarabangsa dan universe. hahaha. cerita bagaimana teganya seorang makhluk berjantina XX sanggup melakukan pendustaan dan pengaburan kepada masyarakat sekeliling untuk meraih empati simpati dan perhatian. apekah kan ??!!

huhs. aku kenal baek dengan orang tuh. hrmm, takde la baek sangat pun. camtu2 je. senyum sengih je. takat tu je. tak lebih dan tak kurang. hahaha. orangnya baek. sopan dan sejuk je mata yang memandang. tapi bila cerita die dah jadi bahan bualan orang aku pun turut terpanggil untuk nak tahu ape yang dah jadi. >,>

ikut cerita, dia ni ok je awal2 masuk kolej dulu. pastu bila dah selesa sikit, rapat dengan orang, dah ade peluang die pun start la buat perancangan die. huhuhu. budak ni aku dengar, sakit. orang kate die ni asyik sakit je dari awal sem sampai dah sem 2 ni. betul ke sakit or just nak berlakon?? persoalan tanpa jawapan. pastu, bile dah asyik sakit, pengsan dan sebagainye ramai la orang yang care pasal die ni. even lectures pun amik tahu. sampai kes budak ni dah jadi gossip of the college dah. ntah pape la. hahaha :p

then, orang cakap bila die asyik sakit ni, bawak la pergi jumpa doktor-anta-pergi-hospital-amik-ubat dan sebagainye kan. hrmm, nak tahu tak pe doktor ckap?? " student ni ok je""..blur. hurmm bile dah jumpa doktor sume tuh ingat dah ok la. tapi die taknak kalah kot. berlakon lagi la kot. sakit lagi dan lagi dan lagi lagi. huhs, kadang2 bile dah tahu camtu, menyampah pun ade. GEDIKS nye..!! apekah motif tuan puteri berbuat demikian??!! ramai orang nak tau jawpannye ni pun !! hahahaks.

ok, dah tu bile kes budak ni jadi parah dan ramai je yang dah pasrah masing2 amik keputusan untuk biarkan je. pe nak jadi jadi la. hurmm, mungkin de sebab die buat drama sampai camtu saekali. kite tak tahu, just boleh conclude dari ape yang die tunjuk dan buat selama ni. Tuhan tu lagi tahu kenapa. just doakan je die selamat dan insaf.

hahaha, mengarut sangat dah ape yang die buatkan ??. bukan orang taknak percaya. tapi logiknya bila sakit all the time 24/7 sape nak percaya?? memang da yang boleh simpati tapi ade la tahap die. tak tahu la sampai bile die nak teruskan benda nih even mungkin die tahu ramai yang menyampah. huhu, perit doe.

ok la, takat ni je dulu aku

ni post yang terbengkalai dan siap diedit :)

KEMBALI !!

HAII!!

ya allah dah lama tak bukak blog ni, rindu bukan main beb. alhamdulillah. :)
hurm mungkin sebab dan masuk buku baru. yup semalamkan nisfu syaaban. sohari permulaan yang baru. something yang lebih baek :) kan??

ok lama tak bukak blog so byk sangat benda yang nak dikongsikan.hurmm bukan hari la ye kawan2. byk cerita yang kan menyusul nanti. sabar je. :)

semoga dipermudahkan oleh Nya, amiin.


Sunday 1 April 2012

Kesihatan !! KO >.:(

hey semua.

welcome april 2012..dah 4 bulan kite susuri tahun 2012. cepatnye mase berlalu. sangat cepat. huhuh. hrmm, aku pun dah lama tak post kat blog ni. bukan ape, hari tu aku dah taip panjang2. then hang plak pc ni. panas plak rase mase tuh. hilang semua benda yang aku tulis berjela tuh. hahah.

ok, pasal post kali, kesihatan. ye la nak exam final dah ni. ramai je yang duk study sampai tak ingat dunia. aci tak aci je hadap buku sampai muntah pun duk hafal formula g. apekah kan??

hahaha, ok. just untuk aku dan sapa2 yang singgah bace blog ni. jangan abaikan kesihatan tuh. study2 jgak kan. badan kane strong dan sihat betul3..hihi. ok. tu je kali ni sebab aku pon dah xberape nak sihat ni. so, have fun and chill.

p/s: akal yang cerdas dari badan yang cergas.

Sunday 11 March 2012

Pemergian II

hrmm, lepas Aqilah masuk kelas, aku nampak matanye merah dan teresak esak. mungkin ni satu petande..?? petande ape..?? "Aqilah nak mintak maaf semue !! Aqilah mintak halal semua, maaf semua..." tu ayat yang berkali kali di ucapkan oleh dia. sambung Aqilah lagi..." Aqilah nak kuar matrik hari.. !!!" perghh, ayat ni buat sentap semua orang..!! ape hal ni..?? tibe2 !!

Aqilah terus sebak menahan tangis, sambil sebut sorang2 nama kawan2 baek nye. kami semua la. sape lagi kan. hrmm, dalam mase yang same, aku mengeluh dalam hati.." betul kot pe yang aku agak tadi.." sumpah ape yang Aqilah cakap tadi sangat kami xsangke. then, "Asyraf, mitak maaf ye, Faiz mitak maaf ye.."

aku hanya mampu tersenyum dan thumbs up..aku speechless dan tak tahu nak cakap ape. aku tengok, Yan sebak, Syahirah gosok mate dan yang lain terkedu. mdm Zakiah pun xcakap ape2. masing2 melayan perasaan sebak dan hiba..

then Aqilah salam peluk kawan pompuan tuh. masih kedengaran " mitak maaf ye, halal semua ok. n good luck final t..." tu kate2 terakhir dari Aqilah. aku pun sebak sebenarnye..tapi apekan daye. hrmm, kalau ikut kan hati, leleh time tu jgak. tapi, cover doe..malu lak t. hahaha.

begitu la perginye sorang sahabat..Nur Aqilah bt Ab.dillah. semoga diri mu dirahmati Allah di bumi Mesir sane dan beroleh kejayaan cemerlang, ameen. :)

#berkawan biar beribu, bukan senang nak cari kawan sebaek malaikat dan bukan susah nak cari kawan senakal setan. :|

Thursday 8 March 2012

Pemergiaan... :( :(

hey semua...

hrmm, hari ni sangat lain situasi nya. sangat rase pelik dan sunyi. huhuhu. tengok tajuk la kan. :| actually, post kali ni bukan nak cakap pasal orang mati, just orang yang boleh dikatekan rapat dalam satu kumpulan (kelas) dah pun pergi tinggalkan aku dan kawan2 yang laen.

hrmm, its Aqilah. seorang gadis yang warak. hidup nye boleh la aku katekan sebagai miserable. hrmm, walaupum kenal xsampai setahun pun tapi pengalaman dan kejadian yang berlaku kat si dia sepanjang kat kolej ni buat aku boleh agak dah camne private life die serba sedikit. :|

Aqilah dalam kelas agak pendiam. kadang2 bersuare bile bertanya soklan dan jawab soklan. dari sem 1 lagi die aku nampak cam sakit3 dan letih. tengok muke pun dah tahu kan..hihihi. sempat je aku usha..segan la kalu die tahu. huhuhu, apekah kan ?? tapi series weh, dia asyik sakit je dalam kelas. hrmm, bende yang aku paling xleh lupe bile Aqilah pengsan dalam kelas. perghh!! terkejut beruk kami yang laen..hrmm, teruk sangat ke Aqilah ni sampai macam tu sekali. kesian dia, muda2 dah jadi camni. nasib baek la kawan2 pompuan yang lain tu baek dan caring. hehehe.

ok, bile dah abih sem1, masuk sem2 hal yang same berlaku. Aqilah still sakit2 dan xcure lagi. kenape ek..?? masing2 tertanye tanye. and at the same time ramai jugak yang q kenape die x tangguh matriks je.?? sebab tu lagi memudahkan Aqilah tu balik kampung dan pergi berubat. at least xyah la nak berulang alik tiap minggu kan. hehe. kesian dan ironi sangat tuh. :|

then, lama2 kes die ni dah jadi buah mulut. kesian giler dengar. hrmm, lecture de cakap yang mungkin die tu just berlakon sebab nak simpati..???!!! betul kah..??? persoalan yang tak terjawab sampai sekarang !!! perghh, besor benor tuduhan kan. hanya Aqilah dan tuhan je yang tahu pe yang berlaku.

so, diringkas cerite semalam, kat bilik tutor 15.........


die datang, ketuk pintu. then panggil mdm zakiah. sembang2 kat luar...lap2 mate sikit. hrmm, dalam hati dan boleh agak pe nak jadi. tp just buat tak tahu je lah. pastu dye masuk, ke tengah kelas....(bersambung..)

Wednesday 7 March 2012

OPss.. tikus..??

hey !!

lame x post dan update blog ni. :|  actually, i'm kinda busy lately. so, my sorry is a must. hihihi. ok, today me and my fellows just hit an extreme experiment.-biology exp. we were about to 'kill' a mice. nice one, sweet, cute an innocent creature. :( poor them. sorry ye.

hrmm, kiteorang sangat excited thap gunung nih nak buat bende alah. ye la kan, dah lame tunggu. dari awal sem lagi. at last, sampai jugak mase nye. dalam ke-excited-an itu, ade juge kawan aku yang sangat x obsess tikus ni. maksudnye takut, cuak, geli dan sengal terhadap tikus nih. apekah kan..?? tikus punyer comel montel tu pun nak geli segale bagai. nonsense..!! hahaha.

ok, biler da dapat tikus tu, terus la pin kan tangan dan kaki die. actually, tikus tu da di chloroform kan awal2 oleh lab ass. kesian aku tengok tikus tu. =,= ok then, bermula la process melapah, mengggali, mencabut dan meleraikan segala anggota badan.. :{ huuuuhu.






ok, ni baru 1st step. baru bukak kulit dulu. lapisan laen tuh lom bukak lagi. hihih, buat bende ni pun dah berpeluh satu badan kot.. perghhh..camne la kalau jadi doktor nanti and nak kene bedah2 orang..fuhh !! tak yah nak pikir sgt derr..hahaha.

ok, next step, usha thoracic cavity die. tengok mane satu perut, jantung, hati kidney and blood vessels..huhh, pening nak usha blood vessels nhi..berbinar mate deen.. xpe2, belajar nyer pasai on jer. huhuh.



ok, ni partner aku. kak yong. hahaha, die tadi just being my respective assistant. and i am the doctor. nice one. hihihi. hampir 2 jam, akhirnye kerje2 ni ciap sepenuhnye. fuhh, lege. extreme but please and enjoy. sangat teruje...alhamdulillah :) :) :).

#pengalaman tu penting dowh. just grab it as much as u can.

Sunday 4 March 2012

Hampir KE C-2 !!

heyy ..!!

perghh, penat ni. tak tahu kenapa..( tahu sebenarnye, malas nak taip kat sini ).. hrmm, actually, post ni sekadar ingatan untuk aku dan kawan2 matrik yang lain. hampir ke situ..

Hampir Ke Situ..?? tertanya tanya kan..?? aku dah hampir setahun dah kat matrik nih. dan bulan 4 ni la pengabisannye. paham x..? maksudnye da nak final da oii!! hrmm, aku pulak sekarang ni cam di awangan sangat2..suke je nak relaks dan chill sepanjang mase. apekah kan..??!!

tapi, tu la sebabnye. post mende ni sebab nak terus kip in mine bende penting nih. penting..?? memang pun. ni soal mase depan aku kot. mau keje elok or x ni la mase nak usaha sampai mati..haha :)

hrmm, aku try harder lgi. i still have time to prove it..hihihi.. insyaALLAH..semoge dipermudahkan..amiin. :) :)

p/s : post kali ni ntah pape ckit. sori :|

#usaha tangga kejayaan.

Wednesday 29 February 2012

HARI ini :|

hey dunia..!!!

alhamdulillah, aku masih bernafas pada hari ni. syukur atas nikmati iman dan islam yang aku masih nikmati sampai saat ni. ustaz aku selalu cakap yang manusia ni selalu leka dengan dunia ni sampai dorang lupa tentang dua bende ni.

1. kesihatan
2. masa lapang

hrmm, kekadang aku pun xappreciate sangat 2 nikmat ni. masa yang selalu terluang tuh aku sia2 kan je tanpa buat somthing yang benefit aku. hihihi, memang dasar manusia la kan. tapi, kadang2 bile kite dah diberi peringatan pun kite x amik peduli. kenapa ye..?? ok. offensed !! tepuk dada tanya iman la kawan2. sebab ape mende yang kite buat actually menggambarkan diri kite yang sebenar. mungkin bukan seratus peratus, tapi kebanyakkannya memang diri kite. mungkin kadang2 kite sedar. dan mungkin kite xsedar langsung !! so sape yg perasan?? of course la manusia sekeliling kite nih..

heheeh, orang sekeliling kite ni boleh pk ape saje ttg kite. buat baek pun dorang pk, lagi la kalau kite buat dajal. tu da lumrah. a must !! sebab tu de peribahasa jaga tepi kain orang. huhuhu. so ironic :| sebab tu la kite xleh nak agak pe yg akan berlaku antare kite dengan orang2 sekeliling..unless kite beware dan get ready for it. hihihi. :)

quote of the day ::


#chill, cool, enjoy and live life your days on your own ways :)


Friday 24 February 2012

rAmBUt oh RaMbuT...

hey..!!!

hrmm, kali ni aku nak share dengan korang pasal rambut. ape yang korang tahu pasal rambut ye..?? jangan jawab, mesti banyak yang korang tau. ye la, kite ni kan generasi yang banyak membace...kan kan kan..?? hehehe.

actually, aku nak story pasal rambut aku dulu, kini dan selamanya..ceewahh!!! ntah pape kan2..

hrmm, aku mase lahir dulu ade rambut yang standard je..nak kate lurus, xjugak. kerinting..? xjugak. so di antare tu la. then, da lame stay dengan gaya rambut yang camtu and finally aku decide nak ubah style ckit..hihihi.

aku de tengok, dengar dan usha member2 yang maen2 tukar style rambut ni. ramai lak tuh..tu yang kuatkan lagi keinginan aku tuh try mende alah ini.hihihi. sampai la satu mase, akhir tahun lepas. ni 1st time dalam hidup aku buat bnede ni.. parent aku memang tak tahu la. korang tahu pe yang aku buat..??? jeng jeng jeng..!!!

aku REBONDING rambut aku kott!!! perghh...cabaran tuh. banyak kali aku pikir pasal ni. ntah dari mana aku dapat kekuatan nak buat bende ni..heheheh.., btw, aku xnyesal cikit pun..!!! ;p

hrmm, best jugak rebonding nih..style gile babeng la napak. laen giler dowh. aku pun kejut jugak 1st time tengok penampilan aku lepas rebond nih...cam KOREAN look gitu..ramai lak tu usha. shy shy cat aku kot..hihihi...apekah kan..??!! huuuuhu..nice tuuh.

hrmm, x sume orang suke pe yang kite buat ni.. sama la pe yang aku buat nih.. de je yang xsuke. kutuk2..hahh!! peduli ape aku. asal aku x buat bende2 haram..hihihi. kan kan kan..?? at least aku hepi jer..hihihi  :D



ni aku dulu ( rmbut yang asli lagi..serabai bhai !! )


ni rambut lepas rebond..*.*


recent hair style..hihihii..biase je. :)

#tak salah cube bende baru :)

Thursday 23 February 2012

TEKANAN !!!

Heyy!!

hari ni aku nak kongsi satu cerite. cerite minggu lepas je jadik. hrmm, pasal seorang budak yang overSTRESS kot. scary tak dengar..?? hahaha. hrmm, aku aku pun pelik dan kesian tengok mangsa tuh. cerite die camni...

masa kelas math, mase tuh orang cakap die ni dah stress tahap melangit da. apekah kan..?? gedik jer..hehehe, dakde la. saje je.. pastu die nangis2..abih basah tudung...opps, terdedah lak jantina..hihihi. lecture yang mengajar pun try la pujuk.." awak, sabar2, ingat Allah. jangan lupe ibu bapa..calm2...".

lepas tuh, ape lagi..BOOOMMM!!! baling pen kat dinding..hehehe, tapi xde la kuat camtu bunyinye ye..at the same time, die jerit.. ARGHH!!!.. aku yang dengar pun terkesima dan speechless..poor her..:( lepas tuh, kawan2 die try la pujuk. gosok2 belakang nak suh tenang..hrmm, memang xeffect ape2 pun.. aku dengar kawan2 die tu turut nangis sebab xsangke si die leh jadik camni. true friends..:) nice.

lepas tuh, sebab lectures pun da xleh buat ape2, then HEP le pulak pegi panggil polis!! pe jadah ye..tu buat budak tu makin stress la jawab nye..baru je na tenang...nampak sangat lectures da xleh nak handle case2 camni..apekah kan..:P

hrmm, lepas tu aku tengok sempat la tengok budak tu nangis2, jerit2..kesian kot..sumpah..ni la first time aku tengok bende2 camni. aku harap die dapat handle stress lepas ni. harap2, die ok dan xpressure lagi lepas ni..AMIIN..:)

#tak seronok hidup xde stress :)

Tuesday 14 February 2012

Gua Tempurung ?? perghh..!!!

sebut je gua tempurung ni, mesti semua orang dah tahu pemende tuh. gua tempurung ler.!! hrmm, ahad lepas aku dengan kawan2 sempat la join expedisi ke sane.


ni la kawan2 aku yang lelaki saja.. yang pompuan tu kureng kenal..:)

hurmm, aku ingt expedisi ni biase je, so aku pakai la t-shirt putih. huhuhu, tp nyesal giler. haram, abih kotor tshirt tuh. dah la favorite tuh. hihihi, tp at least aku have fun. 

mase kt dalam gua tuh, sangat adventures. panjat naek turun lurah je. tp sebelum tuh gune tangge je la. banyak jugak tuh, seribu lebih anak tangge. hahaaa!! abang guide tu pun satu hall.. sempoi nak mati. relax je die. pakai jeans, t-shirt and selipar jepun. perghh!! style dowh.

yang extreme mase expedisi tu aku rase mase nak panjat cerum 70 degree kot. memang cuak gak la. ramai giler budak pompuan yang perlu diselamat kan. ye la kan, sebagai seorang lelaki kena la membantu golongan yang lemah ni. hihihih...

time tuh la kami, guys ni kena sambut diorang. pegang2 la same tuh. huhuhuhu!!!! xde la xcited sangat pun. dorang pun de takut2 jugak kan. tak pe la. xsalah membantu. hihihi. sumpah seronok.!!!

lepas expedisi tuh, baru masing thu penat dan lenguh nye badan!!! fuhhh..huhuu..tapi still please and enjoy the game kan. hrmm, kalau de chance lagi, memang aku nak join la. sangat mencabar..!!! amiin. :)


ni aku dengan azim, my roommate.hihihi


ni lepas makan, penat ber-xpdc and tgu bas.

#pengalaman tuh penting, so don't miss it ok..:)

18 sx

hey !!! hurmm, 18sx.??! ape yang korang pikir pasal phrase tu..?? macam la kan. hahaha. aku nak kongsi la sikit pengalaman terbaru mengenai tajuk kat atas tu. hari aku de jumpa seorang senior masa program kt satu tempat ni. senior kan, memang la kena respest thap langit kan. kalau tak kire kurang aja lak. adoyai !! rules mane la kite ikut ni kan. assabiah betul. :p

lepas kenal tuh, ok la. peramah katakan. nampak baek giler ni. berkerjaya dan berkarisma. hrmm, bagi aku boleh la nak jadikan role model utk aku success. kan2?? hihihi.

tapi, bile da terlalu ramah ni tak boleh jugak. ade je yang nak amik kesempatan kat kita. tu la yang jadi kat aku -.- satu malam tu mamat senior ni call aku. nak sembang 18sx.!!! apekah kan?? buang tebiat ke ape mamat ni. kot2 la gian nak mati pergi la cari pelacur yang bersepak kat jalan p.ramlee ke jalan ampang ke... huhh!! jijik jugak la bile pikir balik. ade ke patut.

seriuesly, aku memang x expect langsung dowh..nampak alim berilmu, tp perangai macam haram jadah camtu..!!! giler ape manusia ni..!!! siap push lagi tuh. aku bengang la dengan mamat ni. aku memang bukan jenis yang open kalau nak cakap pasal bende2 ni personally by phone.. kalau nak sembang pun aku rather join member2, borak2 bodoh je sebab nak gelak2.. tapi bukan macam mamat ni. ngee..!!!

last, aku off phone. buat tak layan. come on la, sedar dri la. jangan nak songsang kan aku der..!!! aku thu jugak dosa pahala..:p fuhhh..

#ingat, jangan lawan arus :)

Thursday 9 February 2012

semalam...-,-''

hey semua...!!!

hrmm, selamat pagi..:) sihat semuanye ye. hari ni aku juz nak kongsi sikit pasal semalam. tengok tajuk je pun dah tahu kan.. semalam, hari malang buat aku jugak la. moody je seharian. entah ape2 la aku ni. :p ye la, ade lah sebab2 yang menyebabkan aku berbuat demikian kan.

hrmm, dari pagi aku dah moody sikit. then masuk tengahari tu lagi la moody tahap menggunung!!! heeehe, time kelas english. memang aku tengah bengang mase ni. nak2 pulak lecturer datang sound aku. cakap aku tak buat kerja. tension lagi la aku kan. hrmm, mungkin salah aku jugak. hihihhi, tapi takpe la. redo je la. yang penting aku still kena hormat mdm hani. :)

#hormati yang tua, sayangi yang muda. :)



Tuesday 7 February 2012

g.a.p 1jam

kuliah dah mula hari ini. hrmm, confirm2 la bangun lambat sangat hari ni. satu bilik pulak tu bangun lambat. apekah kan. bangun 7:30, mandi, siap2 dan solat dalam masa 15 minit je. perghhh..:)

hrmm, pastu g kuliah math. masuk je terus termenung. dah la duk kat belakang sekali. mata pun adoyai rabun nih. memang blur la nak tengok slide kat depan tuh. apekah kan. terpaksa la minta tolong kawan sebut satu2 pe yang de kat slide tuh.

lepas sejam berblur dengan math, masuk lak sc computer nih. hrmm, bincang pasal ups jap. tengak pada jawapan yang mdm faizah bagi tu, confirm da aku xdapat A tuk ups ni. ape nak buat kan. terima je la. lagipun aku mane pernah dapat A subject ni. nasib lah. hahaha. tup tup tup...habis jugak sc com nih. yeay..!!!

GAP..sejam masa untuk rehat. cari jalan tuk kuar dari blur nih.. ape lagi..? balik bilik la jawab nyer.. bilik ku syurga ku..:)

hrmm, nak buat ape ye...?? of course la ber-novel-novelan aku sekejap.


hahaha..ni la novel nyer pun. best la jugak. tak kisah la dah lame kuar pun, nak bace jugak. hrmm, xde la bosan sangat. ok.

:) amalkan hobi membaca ya kawan2..

1st experiment selepas cuti !!!

hrmm, dah 2 minggu tak masuk lab biologi nih. haaha, memang rindu tahap langit ni, kononnyer la kan. selepas gap sejam tu, aku bermalas-malasan untuk ke lab biologi ni bersama kawan ku nizamuddin ni. bukan hampir 4.0 kot. memang patut buat kawan pun. dah la baek je, skema. tu yang aku selalu amik kesempatan tuh.:P
jahat juga aku ni..MEMANG...!!!

bile sampai kat lab, aku tengok sir RED. kenapa bukan mdm ZURINA..??? musykil ni kan. takkan dah bersalin..??? persoalan yang sama muncul di benak kawan2 aku jugak. hehehe.., tibe2 je nak kena pikir pasal tu. apekah kan..:)

then bermula la sesi lab bersama sir RED yang kacak tuh. ehem2, naseb baek sir RED da kawin. kalau tak mesti ramai anak2 dara kat KMPK ni yang akan adjust beliau. hahaha..:P ok, korang nak tahu ape experiment yang aku kena buat..?? pasal enzymes tuh..aduih..!! ingat takde experiment minggu ni. dah la tak prepare pemende pon. mampus..!!! hehehe..tapi takpe. chillex je. hihihi.


experiment ni guna hati ayam tau. perghh..hanyir nyer tak yah cakap la. memang mual la. tapi aku cool..cehh..xleh belah kan..:) budak pompuan la yang over sikit. jijik la, eeei.., ngee.., apekah kan. haha..:p
then, kena hancur kan hati ayam tu, filter, amik stok die, then MINUM..!!!! hahaha, takde la. just kidding. then kena la buat pe yang patut buat. panjang ni kalau nak diceritakan...:0

ok, selepas sejam setengah, akhirnye siap jugak la experiment ni. fun..!!! sumpah, memang competitive. cehh..ye la sebab nak tarik attention sir RED kan. biar die nampak aku dan kawan2 la yang terbaek..cehhh...capub la..hehehe..


 

ni kawan aku. mun namanya. ustazah tau. tu yang tunduk tu sebab malu2 kucing. haaaaha.


ni member aku la ni duk sibuk suh aku post. cuak gak takut sir RED datang kan. kantoi busuk je. hahaha. ok, then da ciap sume experiment, kami kena la compare3 result masing2.  selepas tuh sir RED bagi pujian kat group aku sebab result yang bagus. bukan nak bangga sangat pun. heheeh, bukan selalu lecturer nak bagi pujian kan. kembang kawan2 aku yang pompuan tuh. ngee...:p btw, aku gembira hari. tak kusut sangat. please dan enjoy je..nice one..:)

#ok. belajar kena sungguh. maen pun kena sungguh..:)







sumbangan pertama aku untuk ASiS

5 feb hari tu, aku dan oasis yang lain join program chillax bersama form 4 yang baru je mendaftar. teringat lak aku masa dulu-dulu daftar sebagai asisian. memang nostalgia betul. hrmm, aku dan yang lain ditugaskan untuk menjadi fasi kepada adik2 junior ni. mereka excited je. dan aku ni lagi la excited. seronok je sebab dapat gather dengan diorang.

selepas kumpulan dah dibahagikan, aku bawak la adik2 aku ni ke persada siswa. aku nampak muka diorang ni noble giler. innocent nak mati. mungkin dulu aku pun lagi la innocent. ye la aku kan ex-student smkA..haha, 8 orang kesemuanya budak kumpulan aku ni. hrmm, lepas tu bermula aktiviti nya.



aku bagi diorang sekeping gambar, then diorang kena terjemahkan gambar tu. macam2 la diorang pikir. nak tergelak aku dibuatnye. still, diorang masih kanak2 kan. aku pun join skali jadi kanak2 macam diorang. sambil tu, aku pun sembang2 la dengan diorang. bagi sikit kata2 semangat, dorongan..cehh..haha. ye la sebagai senior kena la bagi yang posotif kat adik2 nih. 

aku just  kongsi pengalaman yang pernah aku lalui masa study kat asis dulu. banyak jugak la kan kalau nak kira. diorang pun excited je nak dengar. dari cerita baek, sampai la ke cerita tahyul yang belum sahih kebenarannye. hrmm, mereka tu terima je la apa yang aku cakap..

ok, lepas da settle sume, aku bagi la borang penilaian. nak tengak je camne performance aku. ye la, ni first time kan. haha, ok, seriesly bile aku bace komen yang diorang tulis aku gelak sorang2. diorang ni memang jujur nak mati kan. sume yang baek2 diorang tulis. abang ni kacak la, sporting la, banyak pengalaman la, pandai sembang la. hurmm, terima kasih adik2 semua. sayang korang sume.hahaha.

ok, then acara penutup. kami kumpul kat surau. ketua program buat konklusi jap. then bagi cenderamata then yang paling penting bergambar dengan adik2 ni. memang excited giler. cikgu razmi, penolong kanan de mention yang batch ni sebagai BEN-10..lagi la diorang excited..hahaha..memang kartun dan kekanak-kanakkan. huhs..

akhirnye, tmaat jugak la program ini. best jugak involve bende macam ni. aku lebih terdedah dengan cabaran sebenarnye. humm, of course bagi aku lebih kematangan dan pengalaman untuk masa hadapan. :)

thanks oasis, ASiS for this.hahaha..

Baru Lagi

salam semua.

apa khabar? mungkin dah ada yang kenal tapi ramai yang tak kenal. saya baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia blogging ni. memang saya akui agak naif mengenai IT ini. tapi sekurang-kurang saya mencuba sesuatu yang baru ini.

saya tengok berblogging ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan. sebab itulah saya cuba benda ni. hahaha. saya tak mengharapkan ramai followers, sebab saya jadikan blog ini sebagai satu hiburan buat diri saya dan insyaAllah buat sesiapa yang ingin follow blog ini.

sekian. :)
sahabat biar 1000..