Saturday 18 May 2013

Lama

Hai!!! Gila la dah lama tak post kat blog kesayangan hamba ni. Hampir setahun jugak la. Hurm apa kabar suma? Moga sihat la kan. :)

Sekarang aku kat universiti sem 2 dah. Tak lama lg nak final exam. Sekejap je masa berlalu. Hahaha so apa yang perlu kita buat? Kita enjoy puas-puas.

Peace :)

Saturday 27 October 2012

Aidil Adha 2012

hye!!

haha alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih bernyawa sampai ke saat ini. sempat lagi nak post entry baru kat blog kesayangan hamba. walaupun simple mimple je, tapi at least aku ade sesuatu untuk di kongsi bersama. bersama? haha tak tahu la kan. 2 je followers. not bad la kan daripada takde langsung. hehe

ok, back to the tajuk atas. yup, selamat hari raya haji kepada semua. seronok la kan makan free je. hehe :p
ok, tahun ni lagi sekali aku beraya tanpa family disisi. hehe syahdu tak bunyi nye? -.- haha. tahun ni raya di UPM terchenta ni. ni kali kedua raya haji di perantauan. first time tu masa kat ASiS. tu pun sebab nak SPM. so xleh la balik beraya di Terengganu. :( tapi tak pe. parent paham, chill je ^.^

semalam, raya kat sini pun meriah. pagi2 semua orang dah siap, pakai lawa2, wangi2 dan berjalan ke pusat islam. ramai2 jalan sama2. excited kemain tuuh hahaha. yup betul sebenar. berbeza dowh raya ngan kawan banding raya ngan family or sedara mara. hehehe. ok, then takbir pastu semayang raya dan last khutbah. hahah seronok tu. berapa kali dah aku sebut ni. hahaha :D

lepas tu, kami makan2 sikit. takde la sikit. haha makan jamuan. rendang. kelupis, ketupat, dan sebagainya. haha sambil makan sambil membahan orang, member2. tu yang memeriahkan lagi suasana hehe. :) chill!!

Tuesday 23 October 2012

MY sweet 19th anniversary \(^.^)/

hye !!

haha seronok lagi ni. :) bukan selalu nak jadi seronok tak kena masa ni. hehe kena high dulu pastu stay up sorang diri menghadap laptop update blog. heehe. ok, i'm starting to write rubbish :p

ok, back to our topic. my sweet 19th anniversary. my-19th-birthday. hehe. nice one! hurm seronok aku hari tu. haha. dan paling seronok nye bila kawan2 aku ni prank aku. honestly, aku tak pernah kena prank ngan sapa2 sebelum ni sebab sambut birthday. pandai mereka plan. tuihhh hahaah tu makan diaa!! :)

dan paling best sebab dah masuk unipun orang masih selebrate birthday ni. haha soo seweeet!!! no wonder la my mum pun tak suka korang haha. cliche danagak poyo je statement tu. hahaha. ok. done :D

tengok pic kat bawah ni. :

;p
haha muka2 kena serang ngan manusia tak berhati perut hahaa. xde la. guys, jangan terasa lak kalau baca ni. chill. teruk korang kerjakan aku hihihi. :p xpe la. setahun sekali. tapi satu perkara yang aku xleh terima ialah apabila di-prank oleh mereka.....(bexs, amira, puput, dii, fann, amin, muaz, ee, shark dan jijah serta nahu...)
maka t-shirt topman ku berbau telor dan tepung sampai ke saat ini. tuihhh kejam korang haha. sabo jer lakan. >,<"

hehee ok la. benda fun sebenarnya. jangan emo or dendam bila dah kena prank bengong cam ni haha. lagipun hari jadi kite mesti la kena happening kan?? hehe so, just act cool and terima segala nya dengan redo. nanti kalau ade rezeki, kite prank mereka2 yang lain pulak ye! haha

ok, that it.done here for this issue :)

#everythinghappenforareason. (.)-(.) smile !!

buku baru hehe

hye !!!

haha excited aku kali ni. seronok dapat post kat blog yang kucintai ini. ehem, ye lah dah lama sangat aku postpone sebab laptop kesayangan ku ni asyik rosak je. tuihh hahaha tu makan dia. :p

ok, pasal tajuk di atas. hurmm buku baru. simple je tajuk dia. tapi maknanya sangat mendalam haha. mendalam sgt kan. :p bagi aku sendiri ia sesuatu yang sepicial haha.

hurm, sebenarnya sekarang aku dah masuk satu lagi fasa yang tinggi. fasa kena jadi matang dan berfikiran jauh. haha paham tak? camni la, aku dah masuk universiti sebenarnya. tu point dia hehehe. xde la suspens sangat pun. yup! bila dah masuk universiti macam2 kite perlu pikir dan buat dan sume tu mostly self-dependent :))

ok, aku skarang student UPM!! yeayy. UPM dah la skarang u no1 kat malaysia. so lucky me la. hehe, bangga la wei. bukan semua org dpt masuk u kan. even bukan dapat kos yang aku idamkan tapi syukur je. sesungguhnya Dia lebih tahukan ape yg best bt kita.  :)  chill je. haha

hehe, ok takat ni je dulu nanti aku sambung balik :) there will be more stories to be told here later hehehe >.<

#positifdengansemuatindakan :)


Friday 20 July 2012

puasa lagi!!!

hai!!

hahaha sedar tak sedar dah masuk ramadan agi sekali. sekejap je kan. :p hurm, tu la kita duk asyik leka je.
jadi kalau kita rasa ramadan kita yang lepas2 tu tak berapa nak elok je. so tanam azam baru. nekad dan tekad nak buat dan jalani ramadan kali ni dengan lebih baek dan penuh rasa kerahmatan kan.?? hehehe insyaAllah kita akan dipermudahkan. :)

sebenarnya kita ni manusia suka akan benda yang baek. itu fitrah kehidupan kita. ingat tu. tapi ade yang jadi setan tu kan. kita tertanya tanya. hurm, dalam kes tu sebenarnya dorang yang pilih untuk jadi macam tu. taknak ikut apa yang Allah tetapkan. nama pun manusia kan. pelupa. sentiasa tak cukup -.-"

itu la kita. kita  perlu terima hakikat itu. dan kalau kita nak azam satu perubahan, bulan yang penuh keberkatan ini lah bagus sebagai permulaannya. korang pernah dengarkan.."Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.."

hurm korang pun boleh renung, pikir  dan amik pengajaran dari potongan ayat tu. ramadan ni bulan berkat, senang nak dapat pahala, nak hapus dosa dll. hehehe korang pun mesti dah diberitahu byk kali dah pasal kelebihan ramadan kan. hihihi

ok la, post kali ni sampai kat sini je. semoga post ni dapat bagi kesedaran untuk aku dan korang jugak.

#enjoypuasakorangpuaspuas. :)


Sunday 8 July 2012

ABAH >.<"

Hai !!

hurm apa kabar korang sume? sihat? confirm la kan. hahaa :) semoge happy sokmo la.

ok post kali aku nak sembang pasal ABAH! haha tau tak pemenda tu? mestila korang tahukan. semalam abah aku story kau kami adik beradik pasal childhood dia.   camne life dia, apa yang dia buat, sapa kawan dia dan lain lain la. hehehe.

setiap kali abah citer pasal benda ni aku rasa geram sangat. nak tahu kenapa? jap eh. lex lu. biar aku brief sikit pasal abah aku ni. hurm abah orang terengganu pure punyer. abah ada seorang kakak je. abah anak bongsu. :) ni darah daging seibu dan seayah. haaaaha. kan kan? kalau adik beradik tiri tu ramai sangat pulak kan. kenal tak kenal je. hihihihi. tak penting pun kan. haaa >-<"

ok abah cakap dulu dia ni macam xde nilai la. camtu la aku pikir kan. tak de nilai kat mata orang sekeliling. atuk, nenek, makcik, pakcik kakak dan sebagainya. ikut cerita yang memang aku tahu, nenek danatuk aku tu bercerai masa abah kecik lagi. haaa paham2 la kalau parent ceraikan!! huru hara haru haru biru laut biru bagai la.

hurm, pastu abah duduk ngan moyang aku, nenek abah la. dibesarkan kat situ. abah dulu takde pun orang kisah. hidup mati abah pun camtu je.orang kisah sape?? haa maklong aku tu. sayang sangat sangat!! junjung macam bidadari la, puteri la...menyampahla.. :p

ape jadi kat abah?? hurmm hidup susah la. tak diberikan kasih sayang. mak ayah abah aku?? huh!! ni panas ni. korang tahu tak bila abah aku kenal dorang?? hurm, nenek aku abah kenal masa umur 4 tahun. then atuk aku abah kenal masa umur 6 tahun. kenal parent umur camni?? mana la diorang pergi kan?? huuuh. abah de cakap yang abah tak rasa ape langsung!


" li, tu emak kau" "li tu ayah kau"....nenek yang bagitau.

haha camtu je kan! abah aku cakap tak rasa ape pun mase tuh. tak rasa excited ke touched ke. biase je. tapi bukan salah abah aku rasa camtu tu. paham2 la kan.entah la kalau mende jadi kat korang apa yang korang rasa kan?? sendiri pikir la.

then abah cakap lagi masa membesar pun nenek ngan atuk tak amik peduli pun pasal abah. kalau abah nak something, abah cuba mintak ngan moyang aku. tahu pe yang moyang cakap??
"takde duit!!! bapak kau tak bagi harta." camtu jawabnye. huuuh, sebak dengar abah citer ni. *.*

abah penah bagitau yang dia dulu nak pergi jumpa nenek. jauh abah naek basikal nak gi jumpa nenek. sangat. jumpa nak tengok mak dia. abah panggil nenek 'chik'. hurm abah cakap baru darjah berapa je masa tu. tapi bila dah jumpa nenek bagi seringgit je!! dah la tak jaga abah, pastu kat bagi kasih sayang. bila jumpa abah bagi RM1!!! perghh, speechless. -..-"" haaaaha yang lawak nye sekarang bila dah jumpa aku dan abang aku, beria menggelabah nak cari duit nak bagi duit bagai. huhh. haru!!

nenek abah tu aku tak sempat jumpa pun. nasib la. ^.^ abah cakap moyang garang giler!! patut la abah pun sama garang dan tegas. hahaah. haah, pastu maklong aku tuh tak tahu la pe cerita kan. malas la nak amik port. tak minat pun. lagipun aku sikit berbulu dengan orang tua tu. :p

oihh panjang dah ni post kali ni. stop dulu la. nanti akan menyusul bahagian kedua. cewww dan sequal lak dah ni. :)

#kasihsayangperluberterusan. >-<

Friday 6 July 2012

Pandangan Ku.

Hai!!!

hurm hari mcam berlaku dalam hidup aku.benda baik mahupun benda buruk. hurm kalau benda baik tuh takpe la jugakkan. sebab kita akan hargai dan suka benda tuh. ok bercakap pasal benda yang baek berlaku dalam hidup kita ni, itu satu anugerah sebenarnya. hihihi. kan kan?? ni pandangan aku la. memang kita kan suka dan nak sangat benda baek tu sentiasa terjadi kat kita. contohnya macam jadi kaya, jadi cantik hansome dan sihat dan lain lain.

tu la kan manusia. memang suka pada satu bahagian sahaja. tapi bilasatu perkara buruk berlaku macam2 la kita tak puas hati kan?? puihh dasar manusia jugakla kan. lemah dan sengal kadang2 tuh bila berdepan perkara camni. contohnya..haaaa, kalau online tuh tibe2 line buzy kan. pastu macam2 la sumpah seranah yang dihamburkan.

"bodoh, bangang, sial, babi, pan***" dan sebagainya. haaa camtu la. nak nak anak muda darah muda tuh. oiitt terasa pulak aku kan. tapi aku rasa tu ok je sebab kita ni orang muda memang nak perfection je. tak nak lebih tak nak kurang. nak ngam ngam je. tapi tak boleh la selalu cam ni kan. hurm aku dah start cakap merapu ni.

sebenarnya kadang2 Allah tu saja je nak uji kita. tu yang Dia bagi benda buruk kat kita. ala test sikit je. nak usha kita kuat ke lemah ke KO ke. tu aja. cam aku cakap sebelum ni. 'be positive'.  jangan gelabah kan. hihihi

tapi kawan2, ade jugak member kita kat luar sana yang kena sentuh sikit dah berapi cam Yellowstone muntahkan lahar..perghh perit tu der. memang tak aman la camtu. confirm sesat terus. haaa tu yang salah tu. berasap tak kena cara der. tak boleh2. kita orang muda ni kalau Dia uji, kita kena kuat. kita da masa nak pikir mana baek mana buruk. so, chill je jangan salah pilih jalan. redha tu perkara yang lebih baek. hihihi.

jap! ni just pandangan aku yang loket tak berharga. kalau korang rasa post kali ni boleh buat korang pikir sikit pun jadilah. at least aku sampaikan skit peringatan. kan kan?? >.<

#sampai walaupun sepotong ayat. :)